Thursday, May 29, 2014

Pertukaran Alamat Kedai

Mulai hari ini , 29/5/2014 , Kedai Kek Duniakekku Bakeri telah beroperasi di premis baru di No.9 , Jalan Astana A 13/A , Pusat Niaga Astana Alam , Fasa 3 sebaris Restoran Mamak BNS. Boleh dapatkn kek segera utk majlis harijadi dll..tempahan kek juga diterima..utk hari ini fresh from oven ada Muffin Banana Walnut dan Muffin Chocolate Rich...selagi stok masih ada!



Monday, February 18, 2013

Saturday, February 2, 2013

DKK 123 - Pavlova

Pavlova (Jumbo Size)
10" RM55.00
8"   RM40.00
Slice      4.00

Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Tuesday, January 22, 2013

DKK 120 - Buttercream

Kek untuk perasmian tabika kemas seberat 1 1/2 kg dengan edible image

DKK 119 - Spongecake

Kek Bentuk Selipar  , kek 1 kg

DKK 118 - Chocolate Moist

Bertemakan dalam taman , kek 1 1/2 kg

Salam

Dah lama tak update blog ni , sibuk dengan aktiviti harian , urusan anak2 , kedai ..alhamdullilah kedai Duniakekku Bakeri mula dikunjungi oleh pelanggan saban hari , dimasukkan disini contoh kek yang unit yang telah ditempah mengikut permintaan pelangan2,

Wednesday, July 11, 2012

MUFFIN PERISA DURIAN

MUFFIN PERISA DURIAN

BAHAN-BAHAN

5 ulas durian (isi) , 100 gram marjerin , 160 gram gula perang , sebiji telur , 1 sudu teh esen vanila, 1 sudu teh parutan kulit limau , 210 gram tepung serbaguna , 1 1/2 sudu teh serbuk penaik , 1/2 sudu teh garam , 1 sudu teh serbuk kayu manis , 3/4 cawan susu segar dan 80 gram badam

CARA MEMBUAT

Pukul majerin dgn gula perang , masukkan telur , vanila dan parutan kulit limau , satukan tepung , serbuk penaik, garam dan serbuk kulit kayu manis , tuang adunan tepung ke dlm adunan majerin berselang dgn susu , masuk isi durian , kacang ke dalam bekas mufin , bakar dlm oven suhu 180C selama 1/2 jam sehingga kekuningan/masak